Sunday, April 11, 2010

Ditulis oleh Dato' Hj. Mahfuz Omar
WEDNESDAY, 03 MARCH 2010 02:19

Pengistiharan bekas TKM 1 P.Pinang Fairus keluar dari Parti Keadilan Rakyat dan menyertai UMNO serta pengumuman bekas Setiausaha Agong dan pengumuman Ahli Parlimen Nibong Tebal keluar dari PKR adalah satu proses pembersihan dalaman Parti Keadilan dan gabungan Pakatan Rakyat.


PAS telah melalui proses ini satu waktu dulu, bukan sekadar wakil rakyat tetapi Presiden Pas dan pimpinan tertinggi yang termasuk para Ulamak meninggalkan PAS. Namun PAS terus mantap dan maju dengan didokong oleh pimpinan dan ahli yang ikhlas.



Proses ini membuktikan parti parti komponen Pakatan Rakyat (PR) hanya layak didokong oleh pimpinan dan ahli yang ikhlas dan jujur kepada perjuangan memertabatkan kedaulatan rakyat yang berteraskan kebenaran dan keadilan.


Ini adalah nutral proses yang tak mampu dilakukan oleh proses organisasi. Dari sudut proses organisasi kita tak upaya nak tapis sedalam dalam niat dan agenda sebenar sesaorang. Tetapi proses alam semulajadi (Sunattullah) yang pasti akan menentu dan melakukan pembersihan Parti dari pengkhianat perjuangan rakyat.


Kemasukkan Firdaus dalam Umno dan pengistiharan beberapa orang wakil rakyat keluar dari PKR dan menjadi bebas dan menyempurnakan agenda umno/Bn membuktikan Umno/BN adalah "PARTI TONG SAMPAH DAN TONG NAJIS" yang layak menghimpunkan bungkusan sampah dan najis didalamnya.


Sebelum ini Umno/BN bekerjasama dengan tiga Adun perak yang dituduh oleh Umno/BN sebagai perasuah. Mereka ini keluar dari PKR dan DAP sokong Umno/BN untuk merampas kerajaan PR Perak. Umno/BN sanggup bersekongkol dengan orang rendah moral untuk kepentingan politik singkat mereka.


Dengan keluarnya mereka akan mengwujudkan suasana persekitaran PKR yang lebih baik. Ini akan menjadi PKR dan PR sebagai parti yang bersih dari kekotoran dan najis yang membusukan dan menjadikan PKR dan PR bebas dari sarang pengkianat perjuangan rakyat.


Pengkianat perjuangan rakyat hanya layak bersama parti tong sampah dan tong najis Umno/BN. Saya harap mana-mana mereka yang keluar dari PKR dan PR yang dipilih sebagai wakil rakyat atas nama PKR dan PR agar melepaskan jawatan mereka seperti mana yang telah dilakukan terlebih dahulu oleh Fairus dengan melepaskan jawatannya sebagai Adun.


Kepada rakyat, saya yakin mereka tidak menghirau dengan perkembangan yang berlaku, kerana PR bukan milik beberapa kerat pemimpin yang lari tetapi PR adalah milik rakyat semua. Walaupun seribu pemimpin yang pergi namun perjuangan rakyat tetap diteruskan.


Dato' Mahfuz Omar
Naib Presiden PAS
Ahli Parlimen Pokok Sena.


BEKAS EXCO, ADUN PKR YANG KELUAR DARI PKR DIPANGGIL MEMBELA DIRI ATAS TUDUHAN RASUAH

IPOH 12 April - Nasib lima individu termasuk dua bekas Exco Kerajaan Negeri Perak sama ada akan dipanggil membela diri atau dibebaskan atas tuduhan rasuah akan ditentukan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada 23 April ini.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh menetapkan tarikh tersebut selepas mendengar penggulungan hujah di akhir kes pendakwaan oleh pihak peguam dan pendakwa raya pada hari ini.

Dua bekas Exco terbabit ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu, 59; dan ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi, 54. Kedua-duanya kini merupakan ADUN Bebas.

Tiga lagi tertuduh ialah bekas ADUN Bota, Kapten (B) Usaili Alias, 58; bekas Ahli Majlis Daerah Perak Tengah yang juga peniaga, Zul Hassan, 48, dan kontraktor, Fairul Azrim Ismail, 32.

Mengikut pertuduhan, Jamaluddin dituduh bersama Usaili meminta dan menerima suapan RM5,000 daripada Mohamad Imran Abdullah pada pukul 11.40 pagi, 14 Ogos 2008 di Tingkat 1, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, di sini.

Suapan tersebut didakwa sebagai dorongan membantu Mohamad Imran mendapatkan projek yang dicadangkan untuk dibangunkan di tanah seluas 36 hektar di pusat bandar Seri Iskandar.

Usaili juga menghadapi empat pertuduhan lain antaranya didakwa meminta RM5,000 daripada Mohamad Imran untuk Jamaluddin pada pukul 5 petang, 12 Ogos 2008 di Medan Istana 2, Bandar Ipoh Raya di sini.

Dia juga dituduh meminta RM5,000 lagi daripada Mohamad Imran untuk Mohd. Osman pada pukul 11.40 pagi, 14 Ogos 2008 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Mohd. Osman menghadapi tiga pertuduhan menerima rasuah wang tunai RM5,000 daripada Mohamad Imran pada pukul 7.15 malam, 16 Ogos 2008 di Aquarias Restaurant & Bar, Tingkat 4, Summit Hotel, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Zul Hassan, 48, pula menghadapi pertuduhan menerima suapan seks daripada Mohamad Imran pada pukul 8.10 malam 14 Ogos 2008 di Sri Sayang Apartment di Pulau Pinang.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Abdul Razak Musa yang juga merupakan Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


ULASAN: Ternyata tindakan mereka keluar dari Parti Keadilan Rakyat adalah satu proses pembersihan dalaman Parti Keadilan dan gabungan Pakatan Rakyat.


No comments:

Post a Comment